suria

Doktor Hilang: Pasukan Khas Ditubuh, Barang Peribadi Ditemukan - Polis

Datuk Tajuddin Md Isa
KUALA LUMPUR: Polis menubuhkan satu pasukan khas untuk mengesan Dr B. Sugumaran, pegawai perubatan kanan yang bertugas di klinik di bangunan Parlimen di sini, yang dilaporkan hilang sejak awal bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata semalam polis menemukan beberapa barang peribadi doktor itu seperti beg pakaian dan telefon bimbit dalam bilik hotel yang diinapinya sejak bulan lepas.

"Polis percaya doktor itu menginap di hotel bajet di Batu Caves bersendirian. Kenderaannya tidak ditemui di kawasan berkenaan.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang. Ini kerana tiada petunjuk membabitkan unsur jenayah dalam kes ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Tajuddin berkata polis dalam proses merakam percakapan anggota keluarga dan kenalan doktor itu bagi membantu siasatan berhubung kehilangannya.

"Kami telah menjalankan pemeriksaan di rumahnya (Dr Sugumaran) di Sri Rampai, di sini dan tiada perkara mencurigakan setakat ini.

Bagaimanapun, kami akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain