suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1.5 Pekerja Mendaftar Di Bangladesh, Tak Semua Akan Ke Malaysia - Richard Riot

PUTRAJAYA: Sejumlah 1.5 juta rakyat Bangladesh yang mendaftar untuk berkerja di negara-negara asing pada masa hadapan, tetapi itu bukan bilangan pekerja yang akan datang ke Malaysia, jelas Datuk Seri Richard Riot.

"Persepsi bahawa 1.5 juta pekerja akan dibawa masuk dari Bangladesh untuk bekerja di Malaysia tidak benar," kata Menteri Sumber Manusia.

"Sebenarnya jumlah itu adalah, bilangan warga Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh bagi tujuan mencari pekerjaan di negara-negara asing, termasuk Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata warga Bangladesh telah mencari pekerjaan di 139 buah negara, termasuk Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Beliau berharap penjelasan itu akan meredakan ketakutan dan kebimbangan mengenai kemasukan warga asing dalam jumlah yang besar, terutama dari Bangladesh.

Sehingga Disember tahun lepas, terdapat 2,135,035 pekerja asing yang sah di Malaysia, di mana 282,287 daripadanya adalah dari Bangladesh.

Riot berkata Memorandum Persefahaman yang ditandatangani di Dhaka pada Khamis adalah sama dengan apa yang kerajaan telah tandatangani oleh kerajaan sebelum ini dengan Indonesia, India, Thailand, Kemboja, Pakistan, Sri Lanka dan Vietnam.

Artikel Lain