suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Langgar Pegawai Polis Trafik

Gambar hiasan.

SETIU: Dua pelajar sekolah menengah di sini dilapor melanggar seorang pegawai polis cawangan trafik di Bandar Permaisuri pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika mangsa iaitu Inspektor Wan Zulkuflay Wan Mohamad, 55, bersama anggotanya sedang menahan sebuah kereta yang melakukan kesalahan trafik berdekatan persimpangan lampu isyarat.

Beliau berkata, pada ketika itu dalam Ops Selamat tersebut, datang sebuah motosikal yang ditunggang dan dibonceng oleh dua pelajar berkenaan yang masing-masing berumur 17 tahun dari arah bandar.

“Mangsa mengangkat tangannya untuk memberhentikan motosikal berkenaan, namun penunggangnya tidak berhenti sebaliknya terus memecut motosikal itu sehingga melanggar mangsa," katanya.

Elias berkata, akibat pelanggaran itu mangsa terjatuh di tengah jalan dan cedera di tapak tangan, siku dan bahu.

Kedua-dua pelajar telah ditahan sejurus kejadian dan akan direman, katanya. - Bernama

Artikel Lain