Henti Keluar Kenyataan Racuni Pemikiran Rakyat - MB Kedah - Semasa | mStar

Henti Keluar Kenyataan Racuni Pemikiran Rakyat - MB Kedah

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz agar tidak meracuni fikiran rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan Umno.

Beliau berkata krisis pertukaran menteri besar di negeri ini telah selesai malah proses tersebut dibuat mengikut lunas undang-undang sedia ada.

"Saya minta jangan pertikaikan dan sebut lagi isu ini. Ia telahpun selesai dan semuanya ikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di sini, Isnin.

Dalam catatan di laman Facebooknya baru-baru ini, Rafidah menyifatkan krisis politik di Kedah yang menjadi punca kepada peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai budaya 'politik semasa' manakala menjatuhkan pemimpin kelihatan menjadi 'perkara biasa'.

Ahmad Bashah berkata, sebagai veteran Umno, Rafidah sepatutnya menyatupadukan semua anggota UMNO dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah-belahkan anggota parti.

"Kami (Umno Kedah) yang minta Perdana Menteri selesaikan perkara (krisis Menteri Besar) ini, sebab kami mahu persediaan menyeluruh menghadapi pilihan raya umum dan memperkuatkan Umno," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata itu. - Bernama

Kedah

Artikel Berikut

Jangan Pakai Gelaran Palsu - Zambry

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain