suria

Kapal Layar Dihanyut Ombak Kuat

BUTTERWORTH: Sebuah kapal layar yang dinaiki dua individu dihanyut ombak kuat di perairan berhampiran Perai di sini malam Ahad.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Pegawai Bomba Khairul Anuar Kamaruddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.07 malam.

"Sebaik anggota bomba tiba pantai berkenaan, bapa kepada seorang daripada mereka memberitahu anaknya Mohd Hasnul Jasni, 31, dan rakannya Mohd Shamzul Zaki, 33, dihanyutkan arus laut ketika sedang belayar di perairan di situ.

"Mereka dikatakan masih berada di atas kapal dan tidak dapat mendayung kerana perlatan mendayung mengalami masalah," katanya.

Beliau berkata pihak bomba yang turut menjalankan operasi mencari dan menyelamat kemudiannya dimaklumkan kedua-dua mereka telah ditemui bot pihak Penang Port Sdn Bhd.

Khairul Anuar berkata kedua-dua individu berkenaan ditemui selamat pada 10 pukul malam tadi sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Sementara itu Mohd Shamzul berkata beliau dan Mohd Hasnul memang selalu belayar di kawasan itu namun semalam mereka kurang bernasib baik kerana keadaan ombak yang kuat.

"Kami belayar mulai pukul 6.30 petang semalam di kawasan laut di Pantai Bersih sebelum berlaku ombak besar dan angin kuat pada pukul 8.30 malam sehingga menyebabkan bot kami hanyut.

"Dalam masa yang sama kami cuba menggunakan peralatan mendayung tapi ia tidak berfungsi sebelum rakan saya Hasnul menelefon ayahnya meminta bantuan," katanya.

Beliau berkata mereka hanyut lebih sejam setengah dalam kegelapan malam sebelum ternampak cahaya sebuah bot lalu mereka menjerit dan melambai meminta pertolongan kepada pihak yang mengendali bot itu.

Butterworth

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain