Pagi: Mangsa Banjir Di Melaka, Negeri Sembilan Dan Johor Meningkat - Semasa | mStar

Pagi: Mangsa Banjir Di Melaka, Negeri Sembilan Dan Johor Meningkat

Mangsa banjir di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam yang akan menyambut Tahun Baharu Cina membersihkan kawasan rumah mereka yang dinaiki air. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan kepusat pemindahan sementara di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor mencatatkan peningkatan setakat 8 pagi disebabkan hujan malam tadi yang menyebabkan lebih banyak kawasan dinaiki air.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan ditiga daerah meningkat kepada 4,600 daripada 1,005 keluarga berbanding 4,317 orang daripada 956 keluarga Ahad malam.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata jumlah mangsa banjir di 13 pusat pemindahan berkenaan meningkat disebabkan hujan malam tadi menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Di daerah Melaka Tengah sebanyak 2,252 orang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Sekolah Kebangsaan Kerubong (402 orang), Kompleks Penghulu Tampoi (152 orang), Masjidul Rahman Tanah Merah Kerubong (127 orang), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Malim (44 orang) dan Sekolah Rendah Agama Bertam Malim (43 orang), katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Katanya di daerah Alor Gajah, sebanyak 561 orang mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Balai Raya Taman Seri Bayu (498 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan (271 orang), Sekolah Kebangsaan Gangsa (149 orang), Balai Raya Kampung Beringin (49 orang) dan Balai Raya Bukit Balai (32 orang).

Effendy Ali berkata di Jasin, sebanyak 24 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Chohong.

Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit peningkatan kepada 662 daripada 166 keluarga pagi ini berbanding 657 tengah malam tadi yang ditempatkan di enam pusat pemindahan di Tampin.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA)Kamal Mokhtar dalam satu kenyataan berkata sejumlah 589 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (F) Sungai Kelamah; Masjid Sungai Dua (15 orang); Balai RayaParit Buloh, Air Kuning (21 orang); Balai Raya Sungai Kelamah (18 orang); Balai Raya Kampung Ladang, Gemas (empat orang) dan Sekolah Kebangsaan Kampong Ladang (15 orang). 

Katanya laluan Gemencheh-Gemas yang telah siap dibaiki dijangka mula dibuka untuk semua kenderaan pada pukul 5 petang ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di daerah Tangkak yang dipindahkan bertambah kepada 126 orang daripada 32 buah keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Tangkak Mohd Shahrizan Abd Aziz berkata jumlah mangsa banjir hari ini meningkat berbanding sebanyak 105 orang daripada 29 buah keluarga malam tadi.

"Kesemua mangsa banjir adalah dari Kampung Seberang Gajah, Kampung Sialang Dalam, Kampung Tanjong Laboh dan Kampung Sri Makmur," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, jumlah mangsa banjir di daerah itu tidak berubah iaitu kekal 21 orang daripada enam buah keluarga yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Awat.-Bernama

Banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain