Sebutan Semula Kes Penggal Kepala Pekerja Barang Lusuh 7 Mac - Semasa | mStar

Sebutan Semula Kes Penggal Kepala Pekerja Barang Lusuh 7 Mac

Muhamad Naji Saad ketika dibawa ke mahkamah di Tanjung Malim pada prosiding akhir tahun lalu.

TANJUNG MALIM: Mahkamah Majistret di sini menetapkan kes seorang pemandu lori yang dipercayai memenggal kepala seorang pekerja kedai barang lusuh disebut semula pada 7 Mac.

Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria menetapkan tarikh itu bagi menunggu arahan Ketua Unit Pendakwaan Perak untuk mendapatkan arahan selanjutnya dan laporan kimia.

Muhamad Naji Saad, 35, didakwa membunuh K. Ganesan, 50, yang ditemukan dalam keadaan tanpa kepala di dalam longkang, di tepi jalan Kampung Batu 4, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, arah Slim River, pada 2.30 pagi, 13 November 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Ella Mohamad Zip dan tertuduh diwakili peguam Hatim Musa.-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain