suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Program Dalam Talian Penggajian , Penempatan Semula Pati Bermula 15 Februari

Gambar Hiasan
PUTRAJAYA: Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dalam talian akan dilaksanakan bermula 15 Februari ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, buat permulaan program yang akan memanfaatkan kira-kira dua juta pekerja asing tanpa dokumen yang sah itu akan dilaksanakan selama tiga bulan.

Beliau berkata program itu akan membantu pekerja terbabit daripada ditipu ejen pekerja asing dalam urusan mendaftarkan mereka.

"Sebelum ini ada majikan yang melakukannya melalui ejen tetapi selepas membayar sejumlah wang, pendaftaran itu tidak dilaksanakan menjadikan pekerja itu bekerja tanpa dokumen sah.

"Ia juga dapat mengelak kes majikan tidak membayar levi atas pekerja terbabit," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan amanat 2016 dan pelancaran Dasar Keselamatan Dalam Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata program itu akan diteruskan jika mendapat sambutan baik daripada majikan dan pendatang asing.--Bernama





Artikel Lain