suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Yakin Kemampuan Ahmad Bashah Majukan Kedah

Ahmad Bashah ketika majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, Khamis.

KULIM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempunyai kemampuan untuk membawa Kedah menjadi lebih maju.

Katanya, beliau juga percaya Ahmad Bashah mampu menjalankan tugasnya dengan berkesan supaya rakyat mendapat lebih rezeki selain menjaga kebajikan seluruh rakyat.

"Saya dan rakan-rakan (dalam kerajaan Persekutuan) ucapkan tahniah kepada Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baharu, dan selamat bertugas," katanya pada awal ucapannya ketika merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Paya Besar, Lunas di sini, Jumaat.

Selain Ahmad Bashah, turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Semalam, Ahmad Bashah, 66, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang meletakkan jawatan dua hari lepas.-- Bernama


Artikel Berikut

Artikel Lain