suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengecualian Visa: Malaysia, China Pastikan Keselamatan Tidak Terjejas

Ahmad Zahid (berdiri, kiri) melihat urusan pemprosesan visa kepada rakyat China ketika melawat Pusat Sehenti Visa Malaysia di Beijing, Selasa. Foto Bernama

BEIJING: Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa China bagi memastikan keselamatan tidak terjejas dengan pelaksanaan visa untuk pelancong warga China ke Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, China akan menyediakan senarai syak dan data biometrik kepada Malaysia.

"Walaupun kita mahu pelancong China datang ke sini, kedua-dua negara perlu melihat isu jenayah rentas sempadan dan keganasan supaya kita tidak akan menerima kesan buruk dengan pengecualian visa ini," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri bercakap kepada pemberita melihat urusan pemprosesan visa kepada rakyat China ketika melawat Pusat Sehenti Visa Malaysia di Beijing, Selasa.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun dan setiausaha jawatankuasa hal ehwal perundangan dan politik bagi parti komunis China, Meng Jiangzhu berhubung menangani jenayah rentas sempadan dan keganasan.

"Kita tidak mahu Malaysia menjadi pusat transit buat suspek warga China untuk pergi ke negara ketiga," katanya.

Malaysia memperkenalkan beberapa langkah untuk memudahkan permohonan visa bagi menarik lebih ramai pelancong China, termasuk pengecualian bayaran visa pada tahun lalu dan memperkenalkan visa elektronik (e-visa) tahun ini.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pelancong dari China akan dikecualikan daripada visa untuk melawat Malaysia dari 1 Mac sehingga 31 Disember tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain