Pekerja Boleh Pilih Kekalkan Kadar Caruman KWSP Pada 11% - Semasa | mStar

Pekerja Boleh Pilih Kekalkan Kadar Caruman KWSP Pada 11%

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan pekerja boleh membuat pilihan untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus dengan melengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun.

Menurut kenyataan KWSP pada Khamis, pekerja boleh memuat turun Notis KWSP 17A Khas 2016 di laman sesawang www.kwsp.gov.my mulai 2 Februari 2016 dan ia perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada pejabat KWSP berhampiran.

Semasa membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengurangan kadar berkanun caruman syer pekerja kepada lapan peratus daripada 11 peratus untuk pekerja di bawah 60 tahun.

Sementara itu, caruman syer pekerja berumur 60 tahun ke atas pula dikurangkan kepada empat peratus daripada 5.5 peratus.

Penurunan kadar tersebut akan bermula pada gaji bulan Mac 2016 sehingga bulan Disember 2017.

Jadual baharu Kadar Caruman Bulanan boleh dimuat turun mulai 16 Februari 2016.

Menurut KWSP, tiada perubahan pada kadar caruman berkanun syer majikan.

KWSP

Artikel Sebelum

Abot Dan Rampai 'Umpan' Pindah Gajah Liar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain