suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjualan Rumah Berharga RM300,000 Bagi Pembeli Rumah Pertama - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan menetapkan kesemua penjualan rumah berharga sehingga RM300,000, terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ia berkuat kuasa serta-merta ke atas projek perumahan baharu.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan mengadakan Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu, meliputi rumah yang ditawarkan Jabatan Perumahan Negara (JPN), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), agensi-agensi serta sektor swasta.

"Lebih 100,000 unit rumah akan ditawarkan dalam program ini," katanya pada Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini, Khamis.

Bagi Projek Perumahan Rakyat yang berharga RM35,000, Najib berkata kerajaan menerusi Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat, akan menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus dengan dana berjumlah RM400 juta, bermula 1 Mac tahun ini.

"Inisiatif ini akan memanfaatkan sejumlah lebih daripada 10,000 pemilik rumah," katanya.

PR1MA, Bajet 2016

Artikel Sebelum

Artikel Lain