suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rangka Manusia Di Pusat Penyembelihan

gambar hiasan-

MELAKA: Sebahagian rangka manusia dipercayai seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemui orang awam di kawasan sebuah pusat penyembelihan haiwan di Ayer Keroh di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata rangka berkenaan yang dalam keadaan 70 peratus rangka manusia lengkap mempunyai tengkorak, tulang rusuk dan kaki ditemui kira-kira 3.30 petang.

"Kita terima maklumat dari orang awam dan terus ke tempat kejadian dibantu unit forensik polis dan juga forensik hospital. Hasil siasatan kita temui satu rangka manusia dipercayai lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata rangka itu dipercayai berada di tempat kejadian antara satu hingga tiga bulan dan ditemui berselerak di kawasan berkenaan.

"Kita menjumpai sehelai seluar jeans dan sehelai baju, namun belum disahkan sama ada ia berkait dengan rangka yang dijumpai. Buat masa ini kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut, namun kita akan terus menyiasat dan mencari baki rangka serta barang peribadi mangsa," katanya.

Sehubungan itu Shaikh Abdul Adzis berkata sesiapa yang kehilangan saudara mara boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Chin Mui Chu di talian 019-6233410 atau menghubungi balai polis berdekatan.

Melaka

Artikel Berikut

Artikel Lain