suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelancong China Ke Malaysia Dikecualikan Visa - Najib

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Pelancong dari China tidak perlu mendapatkan visa untuk melawat Malaysia mulai 1 Mac hingga 31 Disember tahun ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016.

Beliau berkata pengecualian visa untuk pelancong China itu akan tertakluk kepada syarat tertentu bagi tempoh kunjungan tidak melebihi 15 hari.

Di samping itu, kerajaan juga akan mempermudahkan kemasukan pelancong asing dengan mempercepatkan pelaksanaan e-Visa melibatkan beberapa negara yang telah dikenal pasti.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Malaysia ingin menarik lapan juta pelancong dari China setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang dengan kuasa berbelanja RM22.1 bilion, berbanding 1.3 juta pelancong dari negara itu yang melawat Malaysia setiap tahun.-- Bernama


China, visa, Perdana Menteri

Artikel Lain