suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Keretapi Di London

PUTRAJAYA: Seorang pelajar Malaysia, Muhamad Aaron Maseri disahkan maut dalam kemalangan keretapi di Marble Arch Tube Station, London, pada Isnin.

Kenyataan Kementerian Luar menyebut, kemalangan melibatkan penuntut Universiti Middlesex London itu berlaku pada pukul 6.20 petang.

"Jenazah Allahyarham Muhamad Aaron kini ditempatkan di Rumah Mayat Awam Westminster bagi proses pengesahan identiti dan siasatan bedah siasat," menurut kenyataan rasmi itu, Rabu.

Wisma Putra dan dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Usaha sedang dilakukan untuk membantu keluarga dalam proses membawa kembali jenazah Allahyarham Muhamad Aaron ke Malaysia dalam masa terdekat ini," menurut Wisma Putra.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain