suria

Masih Tiada Tangkapan Libatkan Lori Bauksit - Polis

KUANTAN: Aktiviti pengangkutan Bauksit telah reda, tetapi ia tidak berhenti sepenuhnya, kata polis Pahang.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata pejabat Tanah dan Galian Pahang (PTG) telah merampas sebuah lori dan mesin pengorek berhubung dakwaan kecurian tanah bauksit.

"Seorang pemilik tanah membuat laporan menyatakan bahawa seseorang telah mencuri tanahnya. PTG datang dan merampas kenderaan yang dituduh," katanya kepada media, selepas majlis perarakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Rabu.

Kejadian itu berlaku pada pukul 12 tengahari pada Ahad, di Malaysia-China Kuantan Industrial Park.

Pihak polis setakat ini tidak merekodkan sebarang tangkapan, dengan hanya sebuah lori telah ditahan pada Isnin, tetapi telah dibebaskan selepas didapati bebas bauksit.
isu bauksit, lori bauksit

Artikel Lain