suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan Bebaskan Najib Boleh Dorong Orang Lain Elak Undang-Undang - Rafidah

PETALING JAYA: Keputusan untuk membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada apa-apa kesalahan dalam kes derma RM2.6 bilion boleh membenarkan orang lain yang mempunyai "niat meragukan" untuk mengelak daripada tindakan undang-undang.

Bekas menteri kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz mempersoalkan sama ada Peguam Negara telah menjadikan ia sebagai kes rujukan bagi sumbangan politik yang dimasukkan ke akaun individu.

"Ia sekarang menjadi kes rujukan mengenai bagaimana sumbangan yang disalurkan kepada individu, melalui akaun peribadi, boleh dipulangkan...tidak semestinya sepenuhnya, dan ia dianggap bersih? Tiada kes?

"Saya berharap bahawa ini tidak akan membuka ruang untuk semua jenis tafsiran dan penyalahgunaan terutamanya bagi orang dengan niat yang meragukan," katanya menerusi Facebook pada Rabu.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu menjelaskan butiran terpeinci di sebalik keputusannya kerana wujud persoalan baharu yang ditimbulkan rakyat.

Rafidah berkata beliau memahami bahawa Najib mahu melupakan isu berkenaan kerana ia menjadi gangguan utama kepadanya dan rakyat Malaysia sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Rafidah Aziz, Najib Tun Razak

Artikel Lain