suria

Polis Marin Tumpas Cubaan Seludup Tenggiling

MUAR: Polis menumpaskan cubaan menyeludup masuk 13 tenggiling bernilai RM10,400 ke dalam negara di sebuah kawasan paya bakau di Parit Jamil, dekat Muar, Selasa.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata bagaimanapun, dua individu yang dipercayai penyeludup berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan pihak berkuasa pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas sebuah kereta mendapati terdapat karung guni berwarna biru yang di dalamnya berisi 13 ekor tenggiling diletakkan dalam bonet kereta tersebut," kata beliau ketika dihubungi pemberita di sini Selasa.

Katanya, semua rampasan itu termasuk sebuah kereta jenis Proton Wira dan 13 tenggiling keseluruhannya bernilai RM 20,400 dibawa ke Jeti PPM Muar dan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Artikel Lain