JPA Nafi Pemotongan Elaun Penjawat Awam - Semasa | mStar

JPA Nafi Pemotongan Elaun Penjawat Awam

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan pemotongan elaun penjawat awam berikutan situasi ekonomi semasa yang dihadapi negara, kata ketua pengarahnya Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata setakat ini kerajaan tidak pernah membincangkan mengenai isu penarikan kembali elaun termasuk pemotongan gaji dan pemansuhan kenaikan pangkat penjawat awam.

"Penjawat awam tidak perlu bimbang kerana berita itu tidak benar. Dalam situasi ekonomi sekarang tidak mungkin kerajaan akan membebankan lagi rakyatnya," katanya selepas Perhimpunan Penguatkuasaan Sektor Awam di Pusat Konvensyen CIDB di sini, pada Rabi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keratan berita yang dipetik daripada laporan lama Utusan Malaysia bertarikh 7 Jan 1998 bertajuk 'Kerajaan potong elaun 80,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional terlibat' yang viral di media sosial.

Sementara itu ditanya mengenai isu penggantungan sementara biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dilaporkan media (Malaysiakini) semalam, Mohamad Zabidi enggan mengulas dan menyerahkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Esok akan dibuat pengumuman. Kita tunggu dalam pengumuman perdana menteri esok. Dia akan mengumumkan sekali (dalam pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016)," katanya.

Awal bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan melakukan pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 susulan senario ekonomi global tidak menentu dan kejatuhan harga minyak mentah yang memberi kesan kepada hasil negara.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyatakan sokongan kepada kerajaan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Parlimen ketika ini.

Bagaimanapun Presidennya Datuk Azih Muda meminta kerajaan mengkaji semula kandungan dalam satu bab perjanjian tersebut mengenai kuasa warga asing untuk menerajui kesatuan sekerja di negara ini selepas tiga tahun perjanjian itu ditandatangani.

Sekiranya warga asing diberi kuasa untuk mentadbir kesatuan sekerja di negara ini, Azih berkata ia akan menjejaskan fungsi kesatuan tersebut akibat campur tangan pihak luar yang tidak memahami kehendak sebenar rakyat.

"Tak mungkin seorang warganegara asing boleh memahami hati dan naluri rakyat kita serta adat dan budaya kita. Kalau mereka tidak faham mula lah panggil orang lain masuk campur dan percayalah ini akan memberi kesan kepada negara.

"Kami mahu pemimpin kesatuan sekerja mestilah seorang warganegara Malaysia dan mereka yang bermastautin di negara ini," katanya.

JPA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain