suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Pati Lemas Bot Karam Di Johor

13 mayat Pati ditemui orang awam di Tanjung Kelisa, Mulim Timur, Bandar Penawar dekat pantai Tanjung Balau.

KOTA TINGGI: Seramai tiga belas pendatang asing tanpa izin (Pati) dipercayai warga Indonesia lemas selepas bot yang dinaiki mereka karam di Laut China Selatan.

Kesemua mangsa cuba memasuki negara ini menggunakan laluan haram dan dipercayai dalam perjalanan mereka ke Batam ketika kejadian berlaku.

Insiden bot karam berpunca daripada kadaan laut bergelora dan angin kencang.

Mayat ditemui orang awam di Tanjung Kelisa, Mulim Timur, Bandar Penawar di sini, dekat pantai Tanjung Balau.

Kesemua mangsa merupakan empat lelaki dan sembilan wanita telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail di Pandan, Johor Baru untuk bedah siasat.

Artikel Lain