Laluan Via Ferrata Kinabalu Dibuka Semula - Semasa | mStar

Laluan Via Ferrata Kinabalu Dibuka Semula

Beberapa ciri keselamatan tambahan baharu dilengkapkan untuk menjamin keselamatan pendaki yang melalui laluan via ferrata dibuka semula pada Selasa.

KOTA KINABALU: Laluan via ferrata tertinggi dunia dunia di Gunung Kinabalu dibuka semula dengan dilengkapi beberapa ciri keselamatan tambahan baharu selepas ditutup susulan gempa bumi pada 5 Jun tahun lalu.

Menurut pihak pengendali laluan itu, aspek keselamatan menjadi tumpuan utama pihaknya sebelum membuka dua laluan pada ketinggian 3,520 meter dan 3,776 meter itu.

Pengarah Pemasaran Mountain Torq, Quek I. Gek berkata, laluan "Walk the Torq" untuk pendaki amatur telah dialihkan jauh dari kawasan runtuhan akibat gempa berskala 6 Richter itu.

Beliau berkata, begitu juga untuk laluan bagi pendaki berpengalaman bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Quek berkata, Mountain Torq juga menambahbaik prosedur keselamatan, termasuk mengurangkan bilangan pendaki yang perlu dikendali setiap malim iaitu daripada 10 kepada lima sahaja.

"Bagaimanapun, kami akan tetap memastikan bilangan pendaki yang perlu dipantau setiap malim tidak melebihi lapan," katanya sambil menambah pengurangan juga melibatkan laluan Low's Peak iaitu kepada lima pendaki untuk setiap malim.

Syarikat itu juga memperkenalkan sisten "aeroligne" untuk laluan Low's Peak di mana setiap pendaki perlu memasang klip dan membukanya pada jarak tertentu.

"Kami yang kelima di dunia dan pertama di Asia yang memperkenalkan sistem aeroligne ini," katanya.

Quek juga menasihatkan pendaki supaya sentiasa bersedia daripada segi mental dan fikizal jika berhasrat mendaki mengikut laluan via ferrata.

Keseluruhannya 18 terkorban ketika kejadian gempa bumi itu apabila runtuhan batu menimpa mereka.

Antara yang maut adalah pelajar Singapura dan guru mereka serta dua malim Mountain Torq.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun melancarkan pembukaan semula laluan via ferrata Gunung Kinabalu pada Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Modal RM500 Anda Boleh Jadi 'Polis'

Artikel Berkaitan

Laluan Via Ferrata Selamat

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain