Kadar Jenayah Jalanan Di Ibu Kota Turun Mendadak Pada 2015 - Semasa | mStar

Kadar Jenayah Jalanan Di Ibu Kota Turun Mendadak Pada 2015

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kadar jenayah jalanan di ibu kota menunjukkan pengurangan yang ketara pada tahun lepas, penurunan sebanyak 37.7 peratus atau berkurang 439 kes berbanding 2014.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2015, kadar jenayah jalanan seperti samun dan ragut  adalah 675 kes, penurunan daripada 1,114 kes pada tahun sebelum itu.

"Kadar indeks jenayah di bawah (Ibu Pejabat Polis Daerah) Dang Wangi mencatatkan penurunan sebanyak 13.6 peratus atau berkurangan 648 kes tahun lepas jika dibandingkan dengan 2014," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini Selasa.

Beliau berkata pada 2014 kadar jenayah ialah 4,768 kes dan pada 2015 menurun kepada 4,120 kes.

"Ini berikutan usaha berterusan dari segi pencegahan dan risikan serta maklumat orang ramai sehingga membolehkan polis membanteras jenayah ini.

"Selain itu, penempatan balai bergerak dan rondaan menggunakan kereta peronda serta Unit Rondaan Bermotosikal di kawasan tumpuan seperti di Jalan Ampang, Bukit Bintang dan Pasar Seni dilihat berkesan dalam menurunkan indeks jenayah ini," katanya.

Kejayaan ini dicapai atas kesungguhan dan komitmen seluruh warga Dang Wangi dalam memastikan keselamatan warga kota sentiasa berada di tahap yang terbaik, kata Zainol.

Artikel Sebelum

Polis Buru 'Geng Michael' Terlibat Kes Samun

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain