suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Palsukan Kes Culik Jalani Program Pemulihan Tiga Tahun

KLANG: Remaja perempuan yang memalsukan insiden penculikannya diarahkan mahkamah juvana di sini untuk menjalani program pemulihan selama tiga tahun di Sekolah Tunas Bakti kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kemasukan remaja perempuan tersebut ke dalam pusat pemulihan akhlak itu diputuskan mengikut Seksyen 91 (B) Akta Kanak-kanak yang akan berkuatkuasa dari tarikh dia ditahan dua hari selepas memalsukan insiden penculikannya.

Ibu bapa remaja perempuan berusia 14 tahun itu turut diarahkan Majistret Nor Asma Ahmad untuk melawatnya sekali sebulan di sekolah tersebut.

Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka boleh didenda sehingga RM5,000 mengikut Seksyen 93 (1) (d) Akta Kanak-kanak.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali yang bercakap kepada pemberita selepas prosiding tertutup itu tamat, pengabaian ibu bapa didapati antara faktor utama di sebalik perbuatan remaja tersebut.

"Ibu bapa remaja perempuan itu didapati gagal memberikan perhatian yang sewajarnya dan apa yang berlaku bukan salah dia sepenuhnya," kata Syed Farid.

Beliau berkata, pihak pendakwaan berharap remaja perempuan itu menerima bantuan yang diperlukan di Sekolah Tunas Bakti dan diharap agar orang ramai tidak menghakiminya dengan terlalu kejam.

"Dia masih muda dan melakukan kesilapan. Pihak pendakwan juga mahu dia mempunyai masa depan yang lebih baik," katanya.


kes culik, palsu

Artikel Lain