Dr Mahathir Sihat, Kata Jurucakap - Semasa | mStar

Dr Mahathir Sihat, Kata Jurucakap

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Jurucakap Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bekas perdana menteri yang pulang awal dari satu majlis pada Sabtu disebabkan oleh masalah kesihatan.

Dr Mahathir yang tiba Sidang Kemuncak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) 2016 pada pagi Sabtu pulang selepas beberapa jam tanpa memberikan ucapan yang dijadualkan di awal sidang itu.

Bagaimanapun, jurucakap bekas perdana menteri itu berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

"Tiada masalah dengan beliau. Beliau sihat.

"Beliau hanya menghadiri sidang berkenaan sebagai tetamu dan pulang lebih awal," katanya.

Dr Mahathir dijadualkan berucap pada Sidang Kemuncak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) 2016 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pagi Sabtu.

Keadaan Dr Mahathir menjadi perhatian selepas sebuah portal berita melaporkan bekas perdana menteri itu pulang awal kerana masalah kesihatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini