suria

TPPA Kini Diterima Lebih Baik - Mustapa

Mustapa Mohamed.

GEORGE TOWN: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kini diterima lebih baik berbanding semasa ia mula diperkenalkan, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Tahun lalu, ramai yang tidak bersetuju dengan TPPA. Bagaimanapun, terdapat penerimaan yang lebih tinggi di kalangan rakyat selepas kita mengadakan perbincangan mendalam dengan mereka.

"Terdapat juga beberapa ahli Parlimen pembangkang yang dilihat tidak menyokong TPPA walaupun mereka mempunyai pemahaman lebih baik," katanya kepada pemberita pada Majlis taklimat TPPA di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, Sabtu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, rakyat kini mempunyai pemahaman lebih baik terhadap TPPA, sambil menambah bahawa mereka kini boleh melihat secara jelas mengenai peluang untuk rakyat Malaysia.

Beliau menambah, Pulau Pinang juga merupakan bakal menerima manfaat yang besar daripada TPPA.

"Sebaik sahaja TPPA ditandatangani, Pulau Pinang akan menerima lebih banyak manfaat terutama dari segi perniagaan.

"Pulau Pinang juga akan meraih lebih ramai pelabur asing dengan TPPA," katanya.

TPPA

Artikel Lain