suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Tersepit Mesin Proses Baja Najis Ayam

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Nepal maut selepas tersepit dalam mesin digunakan untuk memproses baja najis ayam di sebuah kilang di Kampung Baloh Paya Mat Insun, Pendang pada Sabtu.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Mohd Fisol Osman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 12.48 tengah hari yang memaklumkan mengenai kejadian itu. 

Mangsa yang dikenali sebagai Chapagai Bikash dan berusia 30-an, maut akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam mesin tersebut. 

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat," katanya. - Bernama

Artikel Lain