suria

Najib Imbas Nostalgia Bersama Tun Razak

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengimbas semula nostalgia bersama bapa beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan perdana menteri Malaysia kedua.

Menerusi mesej ringkas di halaman Facebooknya pada Sabtu, Najib memuat naik sekeping gambar dirinya sambil membaca jurnal di dalam sebuah pejabat.

"Dalam saya duduk dan meneliti diari kepunyaan arwah Tun Razak, teringat kembali bermacam-macam kenangan, suka, duka, sedih, ketawa bersama Ayahanda dalam bilik ini," katanya di Facebook pada Sabtu.

Tun Razak dilantik menjadi perdana menteri pada 22 September 1970. Beliau meninggal dunia pada usia 53 tahun pada 14 Januari 1976 semasa mendapatkan rawatan di London kerana penyakit Leukemia.

Allahyarham Tun Razak merupakan Ahli Parlimen Pekan sehingga 1976.

Pada usia 23 tahun, Najib memenangi kerusi yang dikosongkan berikutan kematian bapanya pada tahun yang sama.

Najib menjadi Ahli Parlimen Peken sehingga kini.

Artikel Berikut

Artikel Lain