suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Nelayan Malaysia Dibakar Pihak Berkuasa Indonesia

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah membakar dan menenggelamkan tiga bot nelayan Malaysia di Selat Bengkalis, Wilayah Riau pada Khamis, menurut laporan sebuah akhbar Inggeris tempatan.

Jakarta Post pada Jumaat memetik Ketua Bahagian Jenayah Am Pejabat Pendakwa Raya Bengkalis, Mico Wave Sitohang sebagai berkata pemusnahan bot itu dirancang untuk pelaksanaan dalam November dan awal Disember tahun lepas tetapi hanya dapat dilakukan pada Khamis.

Mico berkata, 10 anak kapal warga Malaysia telah dijatuhkan masing-masing hukuman penjara lapan bulan dan denda dua bilion rupiah (kira-kira RM600,000) kerana menangkap ikan secara haram.

Kerajaan Indonesia telah membakar dan menenggelamkan beratus bot nelayan asing dalam usahanya membanteras penangkapan ikan secara haram di perairan negara ini.

Media tempatan melaporkan sejak tahun lepas kira-kira 107 daripada 177 bot nelayan yang diimpaun oleh Kerajaan Indonesia sama ada dimusnahkan ataupun ditenggelamkan.

Sekurang-kurangnya 103 bot dirampas daripada nelayan asing, 39 daripadanya dari Vietnam, 34 dari Filipina, 21 dari Thailand, enam dari Malaysia, dua dari Papua New Guinea dan satu dari China. -- Bernama

nelayan, Indonesia, Selat Bengkalis

Artikel Lain