suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tulang Tangan Manusia Ditemukan Di Ipoh

IPOH: Seketul tulang dipercayai tulang tangan manusia ditemukan di Taman Merdeka Ipoh di sini pada Khamis, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong.

Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan penemuan tulang itu ketika membersihkan tanah berhampiran rumahnya kira-kira pukul 11 malam.

"Polis yang membuat pemeriksaan di kawasan rumah lelaki itu percaya tulang itu adalah tulang tangan manusia," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Sum berkata, pihaknya pernah menjumpai tengkorak manusia di kawasan sama pada tahun 2014.

Tulang tangan itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan forensik, katanya.-- Bernama


Taman Merdeka, Ipoh, Sum Chang Keong

Artikel Lain