suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Rentung Kereta Terbakar Selepas Terbabas

SEREMBAN: Seorang lelaki ditemui rentung selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas dan merempuh rumah kedai di Jalan Kapitan berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini tengah malam Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira 12.15 tengah malam ketika mangsa dalam perjalanan ke arah Sikamat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Idris berkata pihaknya yang memadam kebakaran menemui lelaki berkenaan dalam keadaan 80 peratus rentung.

Beliau berkata pihak bomba belum mengenal pasti identiti mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, katanya. - BERNAMA


mayat rentung, kemalangan

Artikel Lain