suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga Vape Di Terengganu Diberi Tempoh 6 Bulan

KUALA TERENGGANU: Peniaga Vape di Terengganu akan diberi masa enam bulan bagi bagi menyelesaikan isu berkaitan perniagaan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata selepas mengambil kira pelbagai permintaan, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan peniaga tempoh masa enam bulan sebelum menamatkan perniagaan masing-masing.

Ahmad Razif berkata tempoh masa enam bulan yang diberikan itu dibuat untuk kebaikan peniaga terlibat.

Selain itu beliau berkata kerajaan negeri juga akan melihat bidang perniagaan lain untuk diperkenalkan kepada peniaga-peniaga vape.

Pada 30 Disember lalu kerajaan negeri mengumumkan larangan ke atas penggunaan dan penjualan e-rokok selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Terengganu yang mengisytiharkan vape adalah haram.

Vape

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain