suria

Peniaga Kerugian RM20,000 Barang Kemas Dilarikan Wanita

MARANG: Seorang peniaga kedai emas kerugian kira-kira RM 20,000 selepas satu dulang barangan kemas di premisnya di Bukit Payung di sini dilarikan seorang wanita pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Suhaimi Ali berkata kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 hingga 5 petang semasa peniaga berkenaan dan isterinya menunaikan solat Asar selepas pintu jeriji besi premis berkenaan ditutup tanpa dikunci.

Bagaimanapun, katanya sebaik selesai menunaikan solat, pasangan berkenaan  mendapati sedulang barangan kemas yang ditempatkan di ruang pameran kedai mereka telah lesap.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati seorang wanita telah melarikan barangan kemas berkenaan, katanya.

"Gerakan memburu wanita yang berusia sekitar 30-an itu sedang giat dijalankan," katanya. - BERNAMA

peniaga, barang kemas

Artikel Lain