suria

Pemilik Bengkel Dipukul Gara-Gara Najis Kucing

Gambar hiasan.

KAMPAR: Seorang pemilik bengkel dipukul dengan sebatang besi oleh jirannya kerana merungut mengenai lambakan najis kucing di sekitar premisnya.

Bagaimanapun kesabaran Tsoi Chew Chin, 52, sejak kira-kira 10 tahun lalu akhirnya berakhir pada Sabtu apabila najis haiwan tersebut terkena di kepalanya.

Tsoi dikatakan mahu mengadu mengenai perkara itu kepada pemilik kucing berusia 54 tahun berkenaan, bagaimanapun dia telah dipukul.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata Tsoi menerima 22 jahitan akibat kecederaan di kepala, belakang dan kaki.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila Tsoi mahu menutup bengkelnya kira-kira pukul 5 petang.

"Ketika membasuh tangan, beberapa najis kucing terkena kepalanya yang dipercayai jatuh dari tingkat atas.

"Beliau kemudian memutuskan untuk mengadu dengan jirannya itu namun dipukul dengan besi," kata Ng pada Ahad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain