suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelbagai Gelagat Warnai Sesi Persekolahan 2016

KUALA LUMPUR: Tangisan enggan ditinggalkan ibu bapa, berkepit dengan beg baharu, mengantuk, berkenalan dengan rakan baharu antara gelagat segelintir pelajar pada hari pertama persekolahan tahun 2016 di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang bermula pada Ahad.

Negeri-negeri lain akan memulakan persekolahan esok.

Sesi persekolahan tahun ini di keempat-empat negeri itu jauh lebih baik daripada tahun lepas, yang terjejas ekoran banjir teruk hingga sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan seminggu serta menggunakan pusat pemindahan banjir sebagai sekolah sementara.

Walau bagaimanapun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Pendidikan Daerah (JPD), terutama di kawasan berisiko banjir, diarah membuat persediaan awal menghadapi kemungkinan banjir bagi mengurangkan kerosakan dan kerugian.

Di KEDAH, seramai 31,128 murid Tahun Satu memulakan persekolahan di 547 sekolah rendah selain 32,866 pelajar pula memulakan sesi Tingkatan Satu di 200 sekolah menengah di negeri tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan ketika melawat Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok, Sungai Petani menasihatkan agar pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mengekalkan kerjasama baik bagi melancarkan urusan berkaitan persekolahan pada tahun ini.

Sesi Persekolahan 2016

Artikel Lain