suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik Kedai Makan Cedera Disamun Tiga Lelaki

IPOH: Seorang pemilik kedai makan cedera di kepala selepas disamun tiga lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan sepucuk pistol,  di kedainya di Kampung Keboi, Kuala Dipang dekat Kampar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari ketika mangsa Wong Kok Keong, 48, sedang mengemas premisnya.

"Dia didatangi suspek yang bertanya mengenai kandang babi di kawasan itu serta meminta air untuk minum. Seorang daripada suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacu kepada mangsa.

"Mangsa yang berada dalam keadaan takut terus melarikan diri tetapi telah dikejar dan suspek bertindak mengikat dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan batu," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Ng berkata suspek telah melarikan kereta jenis Ford Ranger dan selaras 'shotgun' berserta 10 butir peluru milik mangsa di dalam kereta itu.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk rawatan dan polis sedang giat memburu suspek.

Artikel Lain