suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Desaru

JOHOR BARU: Dua remaja lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Desaru, dekat Kota Tinggi, tengah hari Sabtu.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat PBK II Faizal Ahmad berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.35 tengah hari telah menggerakkan seramai lima anggota dengan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati dua remaja lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas di laut," kata beliau dalam satu kenyataan.

Namun berikutan keadaan ribut, operasi menyelamat ditangguhkan pada jam 12.59 tengah hari dan disambung semula pada 1.48 tengah hari, kata Faizal.  - BERNAMA

lemas, Pantai Desaru

Artikel Lain