Anggota TLDM Ditahan Disyaki Cuba Cabul Rakan Setugas - Semasa | mStar

Anggota TLDM Ditahan Disyaki Cuba Cabul Rakan Setugas

LUMUT: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 21 tahun ditahan selepas disyaki cuba mencabul kehormatan rakan setugasnya yang juga anggota TLDM di sebuah stor di Pangkalan TLDM, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata dalam kejadian pada Rabu lalu kira-kira pukul 10 malam, mangsa yang berumur 30-an dikatakan berada di dalam sebuah stor bangunan tempat kerjanya sebelum pintu stor berkenaan diketuk suspek dari luar.

"Mangsa yang sedang bertugas kemudiannya membuka pintu berkenaan dan terkejut kerana lelaki berkenaan tiba-tiba menumbuk di bahagian kepala mangsa sebelum menolak mangsa sehingga kepala mangsa terkena almari.

"Suspek kemudiannya menindih badan mangsa. Mangsa cuba menjerit namun mulutnya ditutup dengan tangan suspek, mangsa kemudiannya mengigit jari suspek sebelum menolak suspek dan melarikan diri sebelum dibantu seorang rakan setugasnya yang lain," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Chong berkata mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada keesokan harinya iaitu pada Khamis, pukul 4 petang.

"Suspek kemudiannya ditahan oleh anggota keselamatan TLDM sebelum ditahan pihak polis kira-kira pukul 10 malam tadi untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Ketika ditahan, suspek mempunyai kecederaan di bahagian ibu jari tangan kanan dipercayai akibat digigit dan kesan calar di bawah bibir kanan," katanya.

Chong berkata mangsa dan suspek saling mengenali antara satu sama lain.

Beliau berkata suspek kini ditahan dan direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

TLDM , Cabul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain