suria

Pelakon Australia Dibenar Tinggalkan Malaysia Bersama Anak

KUALA LUMPUR: Pelakon Australia Eliza Szonert yang ditahan di Malaysia selepas dikatakan melarikan anak lelakinya kini dibenarkan pulang tanpa sebarang tuduhan ke atasnya.

Minggu lalu Szonert ditahan polis selepas merebut anaknya daripada bekas pasangannya, Ashley Crick  di sebuah pusat beli-belah di sini pada 10 Disember lepas.

"Dia boleh meninggalkan Malaysia bersama anak lelakinya. Kami telah menyiasat kes ini dan timbalan pendakwa raya memutuskan bahawa tidak akan ada pendakwaan terhadapnya," jelas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa kepada AFP.

"Kepentingan kita adalah situasi baik kanak-kanak itu," tambahnya yang belum pasti tarikh Szonert akan meninggalkan negara.

Szonert ditahan pada 21 Disember selepas Crick membuat laporan polis tetapi dibebaskan pada 23 Disember. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain