Potongan Gaji Penjawat Awam: PTPTN Jumpa Cuepacs 18 Januari ini

LENGGONG: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menemui Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum 18 Januari ini untuk menjelaskan isu berhubung pemotongan gaji penjawat awam sehingga kadar maksimum bagi membayar pinjaman mereka dengan agensi itu.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, agensi itu mahu membuat penjelasan berkenaan bagi menerangkan tindakannya terhadap 3,193 penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman berjumlah RM28.84 juta kepada PTPTN.

"Pihak kami sudah beberapa kali menghantar notis amaran kepada penjawat awam terbabit tetapi mereka tidak memberi komitmen untuk membayar balik hutang berkenaan," katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dataran Lenggong di sini, Rabu.

Seramai 100 murid cemerlang UPSR yang mendapat keputusan 5A dan 4A masing-masing menerima akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebanyak RM100 dan RM70 serta beg sekolah.

Shamsul Anuar juga berkata ada penjawat awam yang memperoleh gaji bersih antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan tetapi masih enggan melunaskan pinjaman PTPTN, walaupun mereka boleh membuat penjadualan semula bayaran pinjaman.

Sambil menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyifatkan tindakan PTPTN itu sebagai terburu-buru, beliau menjelaskan bahawa pemotongan gaji maksimum dibuat setelah pihaknya berhubung dengan peminjam menerusi telefon dan e-mel selain bertemu namun penjawat awam terbabit masih enggan membayar pinjaman.

"Sikap culas kakitangan awam terbabit memberi kesan kepada peminjam baharu yang mahu mendapatkan pembiayaan PTPTN," katanya.

Pada Selasa lepas, Cuepacs berkata ia akan meminta Jabatan Perkhidmatan Awam menarik balik kebenaran membuat pemotongan gaji penjawat awam bagi pinjaman PTPTN sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presidennya Datuk Azih Muda kesal dengan tindakan PTPTN yang dianggapnya sebagai tidak wajar kerana ia membebankan kedudukan kewangan penjawat awam terbabit.

Shamsul Anuar yang juga Anggota Parlimen Lenggong berkata PTPTN juga menawarkan pengecualian dan rebat antara 10 hingga 20 peratus kepada peminjam bagi menjelaskan hutang pembiayaan menerusi 71 pejabat cawangan yang boleh dihubungi di luar waktu kerja.

Menurutnya sejak arahan potongan gaji dibuat, kutipan hutang pinjaman PTPTN telah meningkat daripada 7.5 peratus kepada 17.2 peratus sejak Oktober lepas

"PTPTN menyasarkan kutipan sebanyak RM2 bilion setahun untuk mendapatkan balik hutang pembiayaan mulai tahun depan," katanya. 

Seramai 277,606 penjawat awam meminjam daripada PTPTN bagi melanjutkan pengajian mereka setakat ini. -Bernama

PTPTN, Cuepacs

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain