suria

Petang: Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 5 petang Jumaat.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd, walaupun banyak kenderaan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Port Dickson ke Seremban, namun aliran trafik lancar dan terkawal.

Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur2 (LPT2) juga masih lancar dan terkawal setakat ini, kata jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -Bernama

Info Trafik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain