suria

Tempoh Reman Lelaki Bakar Kereta Di Taman Jaya Dilanjutkan

PETALING JAYA: Suami yang bertindak membaling bom petrol di tempat letak kereta berhampiran stesen LRT Taman Jaya di sini dilanjutkan tempoh tahanan remannya sehingga Isnin.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 20-an itu dilanjutkan selepas tempoh remannya tamat pada Jumaat.

"Kita menjangkakan dia akan didakwa pada Isnin kerana melakukan khianat dengan menggunakan api atau bahan letupan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Pada Isnin, lelaki itu telah bertindak melemparkan bom petrol ke arah kereta teman lelaki isterinya menyebabkan kereta terbabit terbakar. Beberapa kereta lain yang berdekatan turut terbakar.


Kecoh dalam talian bahawa berlaku letupan bom di kawasan itu.

Lelaki itu bagaimanapun telah ditahan oleh polis pada hari yang sama pada waktu malam berhampiran stesen LRT Taman Jaya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain