suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga Wanita Ditahan Hina Polis Di Facebook

KLUANG: Seorang ahli perniagaan wanita berusia 44 tahun dari Taman Seri Impian ditahan pada Jumaat gara-gara menghina polis di laman media.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, wanita tersebut ditahan pada pukul 12.05 pagi di rumahnya di Jalan Seri Impian 1/12, Taman Seri Impian setelah memuat naik komen menghina di laman Facebook.

Telefon bimbit miliknya juga turut dirampas ketika ditahan.

"Wanita itu memuat naik kenyataan dengan mendakwa pihak polis memukul anaknya dan meminta wang daripada anaknya.

"Perbuatan wanita ini menimbulkan persepsi buruk orang awam terhadap pihak polis," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata anak wanita itu ditahan pada 29 November lepas kerana memiliki motosikal curi dan kes itu sedang dibicarakan di mahkamah.

Wanita tersebut kini direman selama tiga hari.

Menghina polis, wanita ditahan

Artikel Sebelum

Artikel Lain