suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DBKL Nafi Paip Kumbahan Di Jalan Raja Laut Pecah

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan paip kumbahan di Jalan Raja Laut di sini, pecah seperti yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp sejak pagi Jumaat.

Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan DBKL Datuk Tan Keng Chok berkata maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu, mengelirukan orang ramai.

"Hasil tinjauan pegawai kami di sekitar Jalan Raja Laut dan kawasan berhampiran selepas menerima maklumat berkenaan, mendapati tidak berlaku kejadian paip kumbahan pecah," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, Jumaat.

Tan berkata gambar yang diviralkan itu berkemungkinan adalah gambar daripada insiden paip Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang bocor di Jalan Raja Laut pada 22 Disember lepas, yang telah dibaik pulih.

Beliau juga mendakwa air berwarna kuning yang terpapar pada gambar yang diviralkan itu telah diubah suai oleh pereka grafik.

Oleh yang demikian, beliau menggesa orang ramai menghentikan penyebaran maklumat palsu itu.

DBKL, paip pecah, paip kumbahan

Artikel Lain