suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barangan Milik Bekas Ahli Umno Disita Kerana Gagal Bayar Ganti Rugi

Datuk Hamidah Osman
IPOH: Barangan milik bekas ahli Umno, Datuk Hamidah Osman telah disita oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Rabu kerana beliau didakwa tidak membayar ganti rugi selepas kalah dalam satu saman fitnah.

Beliau telah kalah dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung posting di blog yang menggambarkan Khalid memakai jubah paderi Kristian.

Pegawai mahkamah menyita barang-barangnya pada pagi Rabu di rumahnya di Kampung Tersusun Jalan Gopeng, Batu Gajah dekat sini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada April mengarahkan Hamidah membayar ganti rugi  berjumlah RM200,000 kepada Khalid.

Khalid telah menyaman bekas Adun dan Ketua Penerangan Wanita Umno itu pada 23 disember 2011 berhubung posting di blog bertajuk Umat Islam Perlu Bersatu.

Baru-baru ini, Hamidah, bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, telah dipecat daripada parti.

Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa disiplin Umno sebulat suara bersetuju bahawa Hamidah harus dipecat daripada parti.

Hamidah telah menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk satu sesi dialog di Ipoh, Perak pada 9 September lalu.

Artikel Lain