suria

Dua Cedera Lapangan Terbang Istanbul Milik MAHB Meletup

PETALING JAYA: Dua pekerja syarikat penerbangan cedera selepas satu letupan menggegarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA) di Turki pada Rabu.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) syarikat yang memiliki lapangan terbang itu berkata berlaku letupan di landasan lapangan terbang itu kira-kira pukul 2.10 pagi waktu Turki, yang menyebabkan dua pekerja syarikat penerbangan cedera.


Menurut kenyataan itu, polis sedang berada di lokasi kejadian untuk memastikan keselamatan lapangan terbang dan menyiasat kejadian itu.

Majlis Keselamatan Penerbangan telah dimaklumkan mengenai situasi di sana dan kerajaan Turki telah meningkatkan ciri keselamatan di sekitar lapangan terbang, termasuk pengawasan helikopter.

"Kami bekerjasama rapat dengan kerajaan Turki dan rakan-rakan kami untuk membantu siasatan dan kita menunggu laporan rasmi mengenainya daripada mereka," kata Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Operasi) dan Pengarah Eksekutif ISGIA Datuk Azmi Murad.

Dilaporkan bahawa lapangan terbang itu meneruskan semula operasi penerbangan seperti biasa pada jam 4.00 pagi waktu Turki, kira-kira dua jam selepas kejadian itu.
letupan lapangan terbang, MAHB, ISGIA

Artikel Lain