suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Orang Awam Bantu Berkas Lelaki Rompak Wanita

SANDAKAN: Seorang lelaki yang dipercayai merompak seorang wanita di sini berjaya diberkas polis dengan bantuan orang awam, Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superitendan Fadzil Mohd Ali berkata, dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa, seorang wanita berusia lingkungan 30-an sedang duduk di dalam kereta sambil menunggu seorang rakannya.

Seorang lelaki kemudian tiba-tiba masuk ke dalam kereta tersebut dan mengacukan sebilah pisau ke pinggang kiri mangsa, katanya.

"Mangsa yang ketakutan bertindak menyerahkan telefon bimbitnya kepada suspek dan terus menjerit meminta pertolongan setelah suspek melarikan diri," katanya di sini, Selasa.

Menyedari kejadian itu, orang awam mengejar dan berjaya menangkap suspek sebelum menyerahkannya kepada polis, katanya.-- Bernama

Fadzil Mohd Ali, Sandakan

Artikel Lain