suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Selepas Terjun Bangunan Di Sitiawan

LUMUT: Seorang lelaki berumur 34 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat enam bangunan Wisma Ganda di Sitiawan, Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mangsa yang terjun dari bangunan sembilan tingkat itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa naik ke bangunan berkenaan dan terjun melalui koridor bangunan tersebut. Punca sebenar masih belum dikenal pasti.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada unsur-unsur jenayah ditemui," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, di sini Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat. - Bernama

Artikel Lain