suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Dipercayai Diseret Buaya Hilang Di Sungai

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun hilang selepas dipercayai diserang buaya di sungai Kampung Bungin, Spaoh, Betong kira-kira 300km dari sini petang Selasa.

Jurucakap bomba dalam satu kenyataan malam ini berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan Fakhrul Dahari, pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bungin, pada kira-kira pukul 3.49 petang dari Balai Polis Betong.

Katanya difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu seorang saksi memberitahu bahawa beliau hanya sempat melihat seekor buaya mengheret kanak-kanak berkenaan ke dalam sungai.

Beliau berkata bomba dengan kerjasama penduduk tempatan melancarkan gerakan mencari sebaik tiba di tempat kejadian, namun sehingga operasi ditangguhkan pada kira-kira pukul 7 malam dan kanak-kanak berkenaan masih belum ditemui.

Operasi bersambung esok.-- Bernama 


buaya, Spaoh, Fakhrul Dahari

Artikel Sebelum

Dewan Negara Lulus RUU MKN

Artikel Berikut

Artikel Lain