Operasi Cari Budak Hilang Dipercayai Diserang Buaya Dilancar - Semasa | mStar

Operasi Cari Budak Hilang Dipercayai Diserang Buaya Dilancar

Penduduk kampung turut melakukan pencarian ke atas kanak-kanak lelaki yang hilang.

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dilaporkan hilang di Spaoh, kawasan pedalaman Sarawak.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh seorang penduduk kampung, Fakhrul Dahari dipercayai menjadi mangsa serangan buaya di sungai di Kampung Bungin.

"Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang. Mangsa diheret masuk ke dalam air," kata Mohd Rizuan Shah Othman dalam laporannya.

Kampung itu terletak lebih 270 kilometer dari Kuching. Bandar terdekat ialah Betong, kira-kira 40 minit dengan menaiki kereta.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menggerakkan trak dan bot laju dari Betong ke tempat kejadian. Penduduk kampung turut melakukan pencarian menggunakan bot nelayan.

Berita mengenai kehilangan kanak-kanak itu kini tersebar di media sosial.

Terdapat gesaan supaya menghapuskan buaya dan ia pernah digesa sejak bertahun-tahun.

Julai lalu, Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Sapuan Ahmad memberitahu akhbar harian tempatan berkata, pembunuhan buaya itu dibenarkan tetapi hanya secara jelas memberi ancaman.

"Ia dibenarkan dan lesen diperlukan. Pemohon perlu menentukan kedudukan untuk pembunuhan itu. Saiz turut diambil kira. Ia perlu berukuran 12 kaki dan ke atas," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kedah kekal di persada Liga Super

PFA gantung jawatan presiden