Perbincangan PAS-Umno Tak Pelik - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man.

PETALING JAYA: PAS sedia duduk berbincang mengenai isu nasional dengan mana-mana pihak, kata timbalan presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, "tiada apa yang pelik" dalam langkah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berkongsi pentas dalam satu majlis baru-baru ini.

Ini kerana presiden PAS terdahulu pernah melakukan perkara yang sama dengan pemimpin sebelum Najib.

Sebagai contoh, Tuan Ibrahim berkata, Datuk Fadzil Noor yang merupakan bekas presiden PAS telah berkongsi pentas dengan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menunjukkan solidariti mereka mengenai nasib masyarakat Palestin.

"PAS akan tetap berpegang teguh dengan menegakkan Islam sebagai dasarnya, dan ia terus bersedia untuk berunding dengan mana-mana pihak untuk membincangkan isu-isu negara yang melangkaui sempadan politik parti," tambahnya.

Kedua-dua Najib dan Abdul Hadi menghadiri pada Multaqa Serantau Alumni Al Azhar di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Majlis itu meluluskan tujuh resolusi di mana antaranya termasuk menyeru kerjasama politik antara Pas dan Umno demi perpaduan umat Islam yang lebih baik dan harmoni.

Majlis berkenaan turut menjadi perhatian berikutan Najib menerusi ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 minggu lalu telah menawarkan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan PAS.

Tuan Ibrahim berkata, kesediaan Abdul Hadi untuk berkongsi pentas yang sama dengan Najib menunjukkan keluruhan budi presiden PAS.

"Ini akan menimbulkan rasa kurang senang terhadap pihak yang sentiasa tidak menyukai dasar dan perjuangan PAS, terutama bagi mereka yang percayai majlis ini akan membawa kepada kedua-dua parti bersatu," katanya.

Beliau berkata, tiada keperluan bagi PAS menghabiskan masa untuk berurusan dengan kumpulan yang menentang parti itu.

Artikel Sebelum

Melaka Benarkan Penjualan Vape

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain